Saturday, November 1, 2008

ALLAH bersifat Hayat (Hidup)



Hayat ertinya hidup. Sifat hayat adalah suatu sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat Allah ta'ala.

Allah hidup tanpa nyawa, nafas. Tidak juga dengan bertubuh badan dan tidak makan serta minum.

Sifat Hayat (Hidup) menjadi punca atau asas bagi sifat-sifat Allah yang lain iaitu Qudrah, Iradah, Ilmu, Sama', Basor dan Kalam (Sifat Idrak). Tanpa Hayat maka sifat-sifat lain juga tiada.

Perbezaan hayat (hidup) Allah ta'ala dengan hayat (hidup) manusia :

Hayat Allah Ta'ala

1. Qadim lagi azali
2. Tiada tempoh masa (kekal)
3. Tidak bernyawa
4. Tidak bernafas
5. Tidak bertubuh badan
6. Tidak makan dan minum
7. Allah menghidupkan makhluk yang lain

Hayat Manusia

1. Bersifat baharu (pasti hancur, musnah, mati)
2. Ada tempoh masa
3. Bernyawa
4. Bernafas
5. Bertubuh Badan
6. Makan dan Minum
7. Dihidupkan

Dalil Aqli

Jika Allah ta'ala tidak bersifat dengan sifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat. Maka tentulah tidak ada alam ini dan segala yang baharu (makhluk). Hendak mengatakan tiada alam ini adalah mustahil kerana alam ini telah ada. Maka pastilah dengan logik akal Allah ta'ala bersifat dengan keempat-empat sifat tersebut. Kerana dengan qudrah, iradah, ilmu dan hayatnya Allah ta'ala dapat mencipta alam ini.

Dalil Naqli

1. Dalil Sifat Qudrah (berkuasa) Alah ta'ala :

إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٢٠)

Ertinya : Sesungguhnya ALLah amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al Baqarah :20)

2. Dalil sifat Iradah (berkehendak) Allah Ta'ala :

إِنَّمَآ أَمۡرُهُ ۥۤ إِذَآ أَرَادَ شَيۡـًٔا أَن يَقُولَ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ (٨٢)

Ertinya : Hanyasanya Segala urusan apabila Ia (ALLah) menghendaki sesuatu, bahawa berkata Ia jadilah, maka jadilah ia. (Surah Yaasin :82)

3. Dalil Sifat Ilmu (mengetahui) Allah ta'ala :

هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ‌ۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (٢٢)

Ertinya : Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (surah al Hasyr : 22)

4. Dalil sifat hayat (Hidup) Allah ta'ala :

"ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ


Ertinya : Allah, tiada Tuhan selain Dia yang tetap Hidup yang kekal selama-lamanya. (surah al Baqarah : 255)

Iman Adalah Mutiara

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap Nabi mempunyai doa yang mudah dimakbulkan. Aku ingin menyimpan doaku tersebut, untuk memberi syafaat kepada umatku pada Hari Kiamat nanti.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Iman seperti pohon yang mempunyai 7 dahan...

  • Dahan yang berpangkal pada hati, buahnya ialah kemahuan kepada yang benar dan sihat.
  • Dahan yang berpangkal pada lidah, buahnya ialah berkata-kata yang benar.
  • Dahan yang berpangkal pada 2 kaki, buahnya ialah suka mendatagi solat berjamaah.
  • Dahan yang berpangkal pada 2 tangan, buahnya ialah sedekah dan derma.
  • Dahan yang berpangkal pada mata, buahnya ialah titisan air mata taubat penyesalan.
  • Dahan yang berpangkal pada perut, buahnya ialah makanan yang halal dan tanpa syubhat.
  • Dahan yang berpangkal pada jiwa, buahnya ialah meninggalkan nafsu syahwat.

Monday, October 20, 2008

belajar MEMBACA 'K'

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?" Ketam kata,
"Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"

Kodok kentut kekeliruan.
Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"
Ketam ketawa, "Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih.. Kuh..kuh..kuh..kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"

Kodok kata kepada Ketam, "Ketam.
Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kata, "Kelakar.
"
"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketok kepala ketam kuat kadar kilat.


"kelekuk ! kepala Ketam kebengongan kerana kena ketukan Kodok.

Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepalanya kena ketok.


P/S:
Kalau kiranya korang kerja, kembali KERJA

Wednesday, October 15, 2008

SEDEKAH JARIAH...

KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU!
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah . Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat

3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang Share constructive reading material with someone

4. Bantu Pendidikan seorang anak Help in educating a child

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasan

PEMBERITAHUAN!!

salah seorg guru bahasa inggeris sahabat ana mnyatakan bhw pggunaan pkataan 'good luck' sebenarnya tidak bsesuaian bg kita sbg umat islam.. hal ini kerana apabila kita mggunakannya seolah2 kita mpercayai 'luck' ataupun 'tuah' dan bukannya kkuasaan serta qada' n qadar allah! astaghfirullah al-'azim.. jadi guru ana menyarankan pkataan 'good luck' digantikan pggunaannya dgn 'all the best' ataupun yg lebih afdhal.. 'may allah bless you' oleh itu ana menyeru kpd semua sebar2kanlah perkara ini.. semoga kita dpt menghindarkan diri kita dan seluruh saudara semuslim kita dr melakukan perbuatan syirik..tanpa kita sedari na'uzubillahi min zalik..

al-kisah....

Tinggal seorang lelaki buta,semua orang membencikannya kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata kepada kekasihnya "saya akan mengawini awk kalau saya boleh melihat".. ...Pada sutu hari datang seseorang mendermakan matanya kepada lelaki itu. Bila lelaki itu boleh melihat,dia merasa sangat terkejut kerna kekasihnya juga buta. Kekasihnya berkata "sudikah awk berkahwin dengan saya skng?"Lelaki itu menolak.. Lantas,kekasihnya tersenyum dan pergi sambil berkata "TOLONG JAGA MATA SAYA BAIK2"..

read plz...

1. I need 2 tell u something, read number 5
2. Are u in a rush? read number 8
3. Are u curious? read number 9
4. Look its the following....u betta read number 15
5. I havent got the guts....just read number 17
6. I would like to tell u..but u should read number 16
7. I'll tell u...but first read number 2
8. Its very simple...just read number 4
9. Dont get nervous..its simple..jus read number 18
10. Not yet...but read number 19
11. Are u gettin tired? relax...just read number 13
12. Like i was sayin....read number 3
13. You're nearly there....read number 20
14. Just dropped by 2 say HI THERE,wassup!! heheehe!
15. Ur getting nervous..just read number 6
16. U still dont get it? just read number 12
17. Oh! im embarassed....read number 7
18. I dunno if u'll understand...just read number 10
19. Read number 11...slowly...and u'll find out
20. Now im'a tell u....read number 14...really quietly ok